Wednesday, December 4, 2013

#PAU2012: Jangan jadi 'Poyo', tarik balik sokongan

pilihanraya kini     12:30 PM    


Pemuda Umno Selayang dan Selangor diingatkan supaya mengambil langkah proaktif menarik semula sokongan golongan muda sebagai mengelak jumlah undi mereka merubah undian di peringkat tertinggi.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zakaria berkata, transformasi perlu dilakukan seiring dengan perubahan yang dilakukan dalam pemilihan Umno baru-baru ini sesuai dengan keperluan dan usia anak-anak muda.

Menurutnya, Piliha Raya Umum (PRU) lalu memperlihatkan jumlah sokongan anak muda kepada BN menurun berbanding PRU12 sekali gus dikhuatiri memberi kesan pada PRU14.

“Pemuda kini perlu berubah, tidak perlu menjadi ‘poyo’ sebaliknya menjadi ikutan, ikon dan diterima masyarakat melalui program yang boleh diterima golongan itu.

“PRU ke-12 kita dikejutkan dengan tsunami penyokong muda, diikuti PRU ke-13 apabila jumlah sokongan anak muda menurun dan menjadi kebimbangan kita dalam PRU ke-14, undi anak muda akan mengubah kepimpinan Putrajaya,” katanya sewaktu ucapan dalam program Sekalung Budi, Sejuta Penghargaan anjuran Pemuda Selayang.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Selayang, Mohd Nazri Mohd Amin berkata, PRU lalu menunjukkan jumlah peratusan sokongan anak muda di parlimen Selayang lebih rendah berbanding undi Pakatan Rakyat.

“Untuk parlimen Selayang sebanyak 35 peratus sokongan anak muda kepada BN, diikuti Kuang 49 peratus, Taman Templer 35 peratus dan Rawang 33 peratus.

“Menjadi cabaran kepada Pemuda Selayang untuk menarik undi golongan muda di sini sebelum PRU ke-14 yang dijangka ibu kepada pilihan raya,” katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.