Thursday, December 5, 2013

#PAU2013: Ajak Muslimat Pas muzakarah

pilihanraya kini     4:45 PM    


Wanita UMNO sedia bermuzakarah dengan Dewan Muslimat PAS ke arah menentukan peranan wanita sebagai ejen perpaduan rakyat di negara ini. 

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata beliau tiada masalah langsung untuk mengadakan perbincangan berkenaan, malah dalam politik, boleh berlaku sebarang kemungkinan. 

“Saya berkawan dengan mereka. Saya memang baik dengan Ketua Muslimat PAS yang dulu dan sekarang serta EXCO. Kita sebagai wanita ada banyak persamaan. Apabila tidak bercakap mengenai politik, kita memang rakan dan saya baik dengan ramai dari Dewan Muslimat PAS. 

“Bagi saya, tidak menjadi masalah... kita mulalah (bermuzakarah). Bukan hendak suruh mereka masuk UMNO atau UMNO masuk PAS, tetapi untuk menentukan wanita menjadi ejen perpaduan. 

“Kita tidak boleh biar disebabkan politik, ada perpecahan antara kita,” katanya pada sidang media, semalam. 

Diminta mengulas cadangan perwakilan Wanita UMNO supaya ahli pergerakan itu memegang satu daripada jawatan Naib Presiden, Shahrizat menyifatkannya sebagai idea menarik, tetapi menyerahkan kepada Presiden parti untuk membuat sebarang keputusan berkaitan. 

Terdahulu, dalam ucapan penangguhan, Shahrizat menyarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimasukkan ke dalam Kerangka Kerja Transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam (KTJPA) yang bermatlamat mewujudkan perkhidmatan awam berprestasi tinggi, dinamik dan berjiwa rakyat. 

Beliau berkata, dengan menyenaraikan jabatan itu, ia diharap meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab JAKIM. 

Katanya, langkah itu juga dapat memastikan sebarang kelonggaran dan kelemahan dalam bidang kuasa jabatan itu, terutama perundangan syariah dan penguatkuasaan pada peringkat negeri. 

“Ada wanita digantung tak bertali, tetapi suami berkahwin lain, nak bercerai pun tak boleh, kahwin pun tak boleh, nafkah zahir dan batin tak bagi. 

“Malah, ada suami yang gajinya perlu diserahkan sebagai nafkah tetapi ‘lari’ ke negeri lain untuk mengelak daripada dikenakan tindakan kerana mereka tahu undang-undang Islam tidak seragam peringkat negeri dan kita harap JAKIM dapat lihat perkara ini,” katanya.

5 comments :

Anonymous said...

jambul tuu .... bila nak simpan?
tak malu ke dgn org sebelah?

Dyll said...

Anon 5.07 PM... Anda asyik nampak jambul org saja. Nilai budi baik org bukan dgn tudung labuh saja. Lagi pun ini gambar lama, sebab sekarang DS Sharizat dah bertudung.
Tolonglah komen secara berhemah.

Anonymous said...

dah dia tunjuk... nampak laa, cuba dia bungkus.. mana org nak komen lagi? ak semestinya bungkus dgn tudung labuh, bungkus dgn daun pisang pun takper, asal tak dikelih orang ramai cukup lahhh

Anonymous said...

Sekarang dah takde jambul dah...

Anonymous said...

kalu dah takder jambul... elok gambar atas tuu pun tukarlah yg tak berjambul... kang lagi elok, sopan sikit, tak menimbulkan fitnah dan tak pelu masuk share dosa skali

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.