Thursday, December 5, 2013

#PAU2013: BN terus kukuh dan ampuh - Presiden

pilihanraya kini     12:00 PM    


Datuk Seri Najib Razak menegaskan kepimpinan transformatif UMNO bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) terus kukuh dan ampuh bertahan sebagai parti pilihan rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang. 

Beliau berkata, ini terbukti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, UMNO sebagai parti tonggak Melayu berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88.

"Kita turut bersyukur kerana Sabah dan Sarawak menyumbang sebanyak 47 kerusi kepada BN. Saya sebut baru-baru ini, dalam Bahasa Iban “Utai Besai Gaga’miet”, maksudnya jika kita bersatu padu, hidup saling berganding-ganding, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. 

"Justeru, sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada rakan kita di sana, saya melantik 13 Menteri dan 8 Timbalan Menteri. Masing-masing 6 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sabah, manakala 7 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sarawak," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2013 bertajuk "UMNO: Membina Masa Depan" di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sebentar tadi.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.