Friday, December 6, 2013

#PAU2013: 'GLC' diberi amaran

pilihanraya kini     11:30 AM    


Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta tidak hanya melakukan 'hiasan luar' dalam usaha memperkasa ekonomi bumiputera di negara ini. 

Wakil UMNO Perak, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie berkata, GLC perlu kembali pada landasan asal penubuhannya, iaitu memperkasa ekonomi bumiputera secara keseluruhan dan bukan sekadar berlakon di depan membantu tetapi di belakang mementingkan keuntungan semata-mata.

"Bila tiba perhimpunan, mulalah GLC ini membeli iklan di dada akhbar bahawa mereka bantu tingkat ekonomi bumiputera dan semua agenda dilaksana tetapi sebelum itu, semua ketepikan usahawan bumiputera dan kemudian kalau Umno tegur, janganlah pula kata Umno ini nak perangi GLC. "Mengapa GLC dilahirkan bagi memperjuang naib bumiputera sekarang tidak punya roh asal. Mereka kena ingat kerajaan yang dipimpin Umnolah yang mewujudkan GLC ini untuk tingkatkan ekonomi rakyat, khasnya bumiputera," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini. 

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badaruddin Amiruddin mencelah dan mencadangkan agar ada wakil daripada anggota Umno dilantik menganggotai lembaga pengarah syarikat GLC, yang dipersetujui Ahmad Shalimin 

Ahmad Shalimin, yang juga Ketua Umno Bahagian Taiping, turut meminta pemimpin kerajaan dan GLC sentiasa memahami hati dan jiwa rakyat apabila memperjelas kenaikan harga barang serta pengurangan subsidi. 
"Jangan pula kata kalau harga dah naik, barang ini janganlah guna... suruh guna barang lain, atau umumkan kenaikan tarif elektrik pada masa singkat umum syarikat untung berbilion... fikir persepsi rakyat," katanya. 

Beliau juga mencadangkan mekanisma pemilihan parti perlu dikaji semula bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dan terbukti pemimpin berkaliber dibenar bertanding. 

"Perak berpendapat mereka yang punyai khidmat bakti cemerlang, sekurang-kurangnya di peringkat cawangan atau bahagian, dibenarkan bertanding, jika tidak... keluarlah cakap-cakap tiada cermin ke, dah ukur baju ke, atau paling teruk... siapa dia ni," katanya.

1 comments :

Anonymous said...

Amaran yg dipandang remeh... akhirnya yg bagi amaran pula minta maaf... lakonan je...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.