Friday, December 6, 2013

#PAU2013: PM lawat laman media

pilihanraya kini     2:14 PM    


Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa hampir sejam meninjau dan beramah mesra dengan pengamal media yang membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. 

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri turut melihat operasi pengamal media di Laman Media yang meliputi stesen televisyen, akhbar, blogger, portal berita dan agensi berita nasional, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Pengamal media turut mengambil kesempatan bergambar dan mendapatkan autograf Presiden UMNO itu. 


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.