Saturday, December 7, 2013

#PAU2013: "Tak duduk minum teh pun boleh muzakarah" - Muslimat Pas

pilihanraya kini     3:00 PM    


Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan keraguan dengan pelawaan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk memulakan muzakarah dengan sesi minum teh bersama.

Siti Zailah berkata, walaupun Muslimat terbuka dengan ajakan tersebut namun niat sebenar Shahrizat masih diragui.

"Kita tak mahu hanya gimik sahaja, mungkin juga gimik sahaja.

"Hanya nak ambil gambar yang dimasukkan dalam akhbar atau dilaporkan media kita duduk bersama minum teh, tetapi tak ada sebarang perbincangan atau penyelesaian.

"Lagipun saya 'kenal' benar dengan Shahrizat, sudah lama kenal, saya selalu bertembung dengan dia di Parlimen," katanya kepada Sinar Harian Online.

Terbaru, Wanita Umno menyatakan kesediaan untuk memulakan langkah pertama bermuzakarah dengan Dewan Muslimat Pas sebaik Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini selesai.

Perkara itu disuarakan sendiri Shahrizat ketika ditanya pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berhubung langkah pertama muzakarah yang masih belum dimulakan oleh mana-mana parti.

"Wanita Umno menjadi ejen perpaduan. Kita akan mulakan Islam dengan Islam. Saya kenal beberapa pemimpin Muslimat, saya akan mulakan silaturahim yang pertama.

"Ini bukan atas dasar politik. Mungkin kita mula dengan minum teh. Saya akan buat jemputan selepas Perhimpunan Agung Umno ini tamat," katanya.

Dalam pada itu, Siti Zailah yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, banyak ruang lain untuk memulakan muzakarah bukan hanya di meja teh atau kopi. - Sinar Harian

1 comments :

Anonymous said...

Nampaknya muslimat Pas ni tak ikhlas nak muzakarah.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.