Thursday, December 5, 2013

#PAU2013: Ustaz Kazim kemuka tiga nama ganti beliau dalam MT UMNO

pilihanraya kini     6:30 PM    


Pendakwah bebas dan penceramah terkenal, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim mengemukakan tiga nama calon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menggantikan tempat beliau dalam barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. 

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan ketiga-tiga nama calon itu kerana pengumuman itu akan dibuat sendiri oleh Najib.

"Saya ada kemukakan tiga calon terdiri daripada rakan saya sendiri kepada Datuk Seri (Najib). Calon itu memang berkecuali iaitu tidak memihak kepada mana-mana parti politik kerana Datuk Seri sendiri mencadangkan beliau memang tidak mahukan orang UMNO," katanya pada sidang di Pejabat Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, di sini, hari ini.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.