Wednesday, December 4, 2013

#PAU2013: Wanita, Pemuda dan Puteri mula bersidang

pilihanraya kini     9:47 AM    


Perhimpunan agung tiga sayap Umno bermula 8 pagi ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dengan ketua masing-masing menyampaikan ucapan dasar disusuli dengan pembentangan usul dan perbahasan. 

Pergerakan Wanita bersidang di Dewan Tun Hussein Onn, Pemuda di Dewan Merdeka dan Puteri di Dewan Tun Dr Ismail. 

Ketiga-tiga sayap mengadakan perhimpunan agung masing-masing sebelum Perhimpunan Agung Umno 2013 selama tiga hari bermula esok. Wanita akan memfokuskan kepada usaha mengangkat martabat wanita ke tahap lebih tinggi menerusi pembentangan tiga usulnya iaitu ucapan dasar, ekonomi serta pendidikan, agama dan sosial. 

Sementara Pemuda pula dijangka membincangkan mengenai penambahbaikan sistem pemilihan parti selain isu kepentingan rakyat seperti pekerjaan, perumahan, peluang perniagaan dan ekonomi Melayu. 

Isu politik, ekonomi, agama, pendidikan serta ucapan dasar akan diberi tumpuan dalam persidangan Puteri. 

Sebanyak 5,726 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan agung parti.

Daripada jumlah itu, 2,759 hadir untuk perhimpunan agung, manakala perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 anggota perwakilan.

1 comments :

Anonymous said...

Selamat bersidang. Berbincanglah untuk kebaikan rakyat. Kalau rakyat tertekan, tiada gunanya

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.