Thursday, December 5, 2013

#PAU2013: Zainuri gamatkan dewan perkenal istilah 'Poyorisme'

pilihanraya kini     2:30 PM    


Wakil Pemuda Selangor, Zainuri Zakaria menggamatkan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO selepas memperkenalkan istilah baharu 'poyorisme' dalam merujuk kepada sikap pemimpin yang syok sendiri.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Selangor berkata, pemimpin UMNO tidak boleh bersikap 'poyo' atau meninggi diri ketika bertemu rakyat sebaliknya perlu mengurangkan protokol-protokol yang menyusahkan.

Menurut beliau, pemimpin UMNO tidak boleh mengharapkan sambutan bunga manggar ketika menghadiri sesebuah majlis sebaliknya perlu bersikap lebih mesra demi mengeratkan lagi hubungan antara Pemuda dan masyarakat di peringkat akar umbi.

"Saya minta tolong kurangkan program-program yang bersifat 'poyo' dalam UMNO. Pemimpin-pemimpin dan Exco juga diminta kurangkan protokol apabila hadir dalam satu majlis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyokong cadangan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.




0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.