Saturday, December 7, 2013

#Politik: Guan Aik tak nak tunjuk surat ROS kepada Zairil

pilihanraya kini     3:30 PM    


Surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengiktiraf Lee Guan Aik sebagai Pengerusi DAP Kedah tidak akan ditunjukkan kepada pengerusi interimnya, Zairil Khir Johari.

Guan Aik berpendapat tidak perlu menunjukkannya kepada Zairil kerana itu adalah surat jawapan ROS kepadanya dan jawatankuasa DAP negeri yang sah.

“Saya tidak akan tunjuk surat itu walaupun dia minta untuk melihatnya sendiri. Cukuplah sekadar dia melihat surat itu menerusi media cetak, elektronik dan sebagainya.

“Ini bukan soal antara saya dengan dia. Tetapi ini adalah masalah yang melibatkan parti sendiri. Kalau dia tidak puas hati, dia boleh ‘berperang’ dengan DAP,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, tiada apa lagi yang perlu Zairil persoalkan kerana ROS sudah mengeluarkan surat rasmi bertarikh 4 Disember lalu memaklumkan perkara itu.

“Dia nak kata apa, dia boleh kata. Tetapi ROS sudah beri jawapan. Ini undang-undang yang ditetapkan dan dia kena hormat. Kalau kita langgar undang-undang, ia adalah satu kesalahan.

“Kalau kita asyik hanya menuding jari menyalahkan orang lain, macam mana kita nak membela dan menjaga rakyat,” katanya.

Selepas diadakan sidang media sebelum ini, Guan Aik bertekad untuk meneruskan agenda DAP Kedah yang belum dilaksanakan selepas PRU13 lalu supaya parti itu terus diterima masyarakat di negeri ini.

“Sama ada DAP pusat nak iktiraf saya sebagai Pengerusi DAP Kedah atau sebaliknya, itu terpulang kepada mereka. Saya akan teruskan khidmat saya kepada ahli dan masyarakat seperti biasa.

“Saya cuma nak perbetulkan apa yang salah dalam DAP dan tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka yang lain,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Zairil mahu melihat dahulu surat pengiktirafan ROS yang memaklumkan bahawa Guan Aik adalah Pengerusi DAP Kedah yang sah, sebelum membuat sebarang kenyataan.

Terdahulu, Guan Aik mendedahkan surat ROS, bertarikh 4 Disember mengesahkannya sebagai Pengerusi DAP Kedah, yang diiktiraf dan dilantik menerusi mesyuarat agung tahunan 2010.

Berdasarkan surat itu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak mempunyai kuasa untuk melantik Zairil sebagai pengerusi interim kerana Guan Aik masih menjadi pengerusi.

Setelah diambil kira kedudukan CEC DAP yang kini masih belum diiktiraf menyebabkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk melantik Zairil.

Katanya lagi, apabila ROS tidak mengiktiraf CEC, bermakna semua keputusan yang dibuat CEC tidak sah.

1 comments :

Anonymous said...

Hanya melayu yg jadi barua kafir Dap dan Aljuburi laknatullah je yg terhegeh2 nak sokong PR...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.