Monday, January 27, 2014

5 Diplomat Mesir diculik

pilihanraya kini     10:00 AM    


Penculik melarikan seorang diplomat Mesir dan tiga kakitangan kedutaan di ibu negara Libya hari ini, sehari selepas satu kumpulan turut menculik seorang pegawai Mesir di bandar raya itu. 

Penculikan empat diplomat itu sehari selepas seorang penasihat pentadbiran di Kedutaan Mesir dilarikan meskipun Libya mengumumkan kawalan keselamatan di ibu negara itu adalah ketat.

Rakyat asing dilaporkan menjadi sasaran beberapa minggu lalu, termasuk dua warga Itali dilarikan di timur Libya manakala seorang wakil perdagangan Korea Selatan dibebaskan pihak berkuasa Rabu lalu, tiga hari selepas dijadikan tebusan di Tripoli. 

Perdana Menteri, Ali Zeidan sendiri pernah ditahan kumpulan militan Oktober tahun lalu. 

Seorang pegawai keselamatan Libya tidak menolak kemungkinan kejadian culik itu sebagai reaksi kepada penahanan seorang komander pemberontak pada hari yang sama Jumaat lalu. 

Shaaban Hadeia, ketua Operasi Pusat Thuwar Libya ditahan di Alexandria, demikian menurut sumber. - AFP 


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.