Friday, January 10, 2014

Ada pihak sengaja sebar fitnah Menteri letak jawatan

pilihanraya kini     5:30 PM    


Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di sini, Jumaat.

"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya YB. Dato' Sri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.

"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu. Khabar angin tentang perletakan jawatan membabitkan Hasan tersebar sejak semalam di beberapa laman sosial. 


1 comments :

tOy said...

Kalau betul pun, ada baiknya..
Ramai lagi kot yg lagi bagus dan bertanggungjawab..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.