Tuesday, January 28, 2014

'AMK mahu Anwar'

pilihanraya kini     10:00 AM    


Angkatan Muda Keadilan (AMK) hanya bersetuju supaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datu Seri Anwar Ibrahim ditampilkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan Bendahari AMK Pusat Lee Chin Cheh, semalam.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Anwar calon terbaik dan sesuai dicalonkan PKR dan Pakatan Rakyat (PR) bagi DUN itu seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

"Ini (peletakan jawatan Lee) membuka ruang untuk PKR dan PR menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk meminpin negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

"Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya Anwar calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN Kajang seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

"AMK juga berpendirian hanya Anwar sesuai menjadi calon mewakili PR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang dan jentera pilihan raya AMK akan diterakkan bersama-sama jentera PR bagi memastikan keputusan terbaik dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.