Dua tahun sudah, kira-kira 21,000 orang bukan warganegara yg menetap di Brunei (stateless people), majoritinya Cina, diangkat dalam Laporan Hak Asasi Freedom House dan Jabatan Negeri AS. Apa ceritanya?
Dalam negara yg kaya-raya ini, mereka tidak dibenarkan memiliki tanah. Mereka tak dibenarkan menikmati pendidikan universiti dan rawatan kesihatan percuma - pendek kata mereka tidak menikmati byk keistimewaan warganegara meskipun sudah berganti generasi.
Ingat ya, Brunei mengamalkan undang-undang kewarganegaraan secara jus sanguinis (right of blood) - mirip Malaysia, anak mewarisi kewarganegaraan ibu bapa.
Hanya mereka (pemohon) yang berjaya dalam ujian khas, memahami budaya Melayu dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu diterima sebagai warganegara Brunei.
0 comments :
Post a Comment