Monday, January 27, 2014

Anwar setuju tiada bukti Wan Azri 'Papagomo'

pilihanraya kini     5:00 PM    


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pengendali blog kontroversi PapaGomo.com.

Anwar yang menjawab soalan Peguam Jasbeer Singh setuju soalan yang dikemukakan selepas mendapati tiada identiti tertera pada laman web PapaGomo.com

"Adakah Datuk Seri (Anwar) bersetuju tiada bukti pada laman PapaGomo.com yang menjurus kepada Wan Muhammad Azri?" soal Jasbeer.

"Saya setuju," jawab Anwar.

Kenyataan direkodkan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Rosilah Yob di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Anwar merupakan saksi ke-2 dalam perbicaraan tuntutan saman RM100 juta terhadap Wan Azri yang didakwa menyiarkan imej separuh telanjang mirip beliau pada Mac 2013 menerusi laman web PapaGomo.com

Dalam pada itu, Wan Azri dalam kenyataan pembelaannya menjelaskan tidak pernah mengendalikan blog persendirian selain MalayRights.blogspot sejak Julai 2013.

Jelasnya, laman web PapaGomo.com hanya diketahui beliau menerusi media arus perdana dan alternatif yang memainkan isu liwat Anwar dan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

Anwar di luar mahkamah dilihat berang ketika ditanya pemberita mengenai kes yang kini sedang dibicarakan.

"Sudah fitnah saya macam-macam, dalam mahkamah senang pula cakap PapaGomo bukan dia punya," katanya

Kes gambar kontroversi 'Anwar' mula disiarkan menerusi laman rajagoyang360.blogspot dan kemudiannya dipaut oleh pelbagai blog termasuk laman web PapaGomo.

Saman difailkan Anwar pada 21 Mac 2013.

Sumber


3 comments :

Anonymous said...

papa gomo takde telor...kat mahkamah bole la ko lepas kot...

Anonymous said...

sama la nuar jubor...tak de telor

Anonymous said...

dalam video tu ada gambar kote bengkok. lagi senang tunjukkan bahawa kote sijuxxx tu tak bengkok. otomatik org akan percaya cerita tu semua fitnah, nama baikpun dapat balik. berani buat macam tu?

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.