Friday, January 24, 2014

Cerita sebenar tentang bidaan plat W1N

pilihanraya kini     9:30 PM    



JUMLAH RM748,000 adalah sangat besar semata-mata untuk sekeping plat kenderaan namun bagi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda tidak kisah kerana tahu duit berkenaan akan ‘kembali’ kepada rakyat.

Menurut kenyataan disiarkan The New Straits Times, jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan manfaat yang diperoleh oleh orang ramai.

Plat nombor W1N titah baginda, didapatkan menerusi cara yang betul iaitu dibida melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dimaklumkan terdapat ramai yang berminat dengan nombor pendaftaran tersebut.

Baginda menyifatkannya sebagai ‘cara Johor’ yang akan mendapatkan sesuatu dengan cara betul dan tidak melangkau prosedur sama seperti orang lain.

Dikenali sebagai pencinta kereta dan mempunyai banyak koleksi kenderaan termasuk kereta mewah edisi terhad, plat nombor W1N bagaimanapun akan dipasang pada kereta tempatan, Proton Suprima S milik baginda.

Tahun lalu, baginda Sultan Johor turut menarik perhatian ramai apabila membeli nombor plat kenderaan WW1 bernilai setengah juta ringgit. No plat yang mahal itu turut digunakan pada kereta tempatan, Proton Satria Neo. 



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.