Wednesday, January 22, 2014

Guan Eng lepas tangan, dakwa Anwar bertanggungjawab

pilihanraya kini     2:30 PM    


Anwar Ibrahim perlu tampil menyelesaikan kemelut berhubung tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi minggu lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang tiada kena mengena dengan perkara itu dan mereka tidak sepatutnya diseret dalam demonstrasi mengecam Khai Loon.

"Saya tidak perlu memberi penjelasan walaupun Khai Loon merupakan ADUN di negeri ini. Beliau ahli PKR dan bukan DAP.

"Dalam isu ini, Anwar yang harus selesaikan kerana program yang berlangsung di Bukit Mertajam Rabu minggu lalu dianjurkan oleh PKR," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Guan Eng berkata demikian sebagai mengulas dua demonstrasi yang berlangsung dalam suasana tegang di negeri ini oleh Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan biadap Khai Loon memasukkan kangkung dalam patung menyerupai Najib.


1 comments :

Anonymous said...

Baling batu sembunyi tangan.....
Typical character.
Dia MULAKAN KALIMAH Allah
Orang bertengakar, dia KETAWA diamkan DIRI.
KEADAAN SEMAKIN PANAS .
Dia tak rasa guilty pun !

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.