Tuesday, January 21, 2014

Himpunan 'Anti Jepun' tidak dapat sambutan

pilihanraya kini     3:00 PM    


Arahan Ketua AMK Pusat, YB Samsul Iskandar agar rakyat Malaysia turun ke Kedutaan Jepun hari ini tidak mendapat sambutan orang ramai.

Himpunan 'Anti Jepun' yang dirancang itu ternyata gagal apabila lebih kurang12 orang sahaja dilihat bersama-sama dengan Samsul di hadapan Kedutaan Jepun.

Himpunan itu dirancang oleh Samsul kononnya bagi menyatakan bantahan keras terhadap kerajaan Jepun yang enggan membenarkan ketua mereka, Anwar Ibrahim daripada memasuki negara matahari terbit itu.

Sebelum itu, Wisma Putera yang mengulas kejadian itu memberitahu bahawa kerajaan Malaysia tiada kena mengena dengan tindakan kerajaan Jepun apatah lagi bersekongkol untuk menghalang Anwar.

Menteri Luar Negara, Datuk Anifah Aman berkata, kerajaan Malaysia tiada sebab untuk berbuat demikian. Ahli politik sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan fitnah dan cuba mengaitkan kejadian itu dengan parti UMNO dan Perdana Menteri.

"Terpulang kepada kerajaan Jepun untuk menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki negara mereka. Kita (Malaysia) tiada hak untuk campur tangan.

"Saya adalah Menteri Luar yang hebat jika mampu mempengaruhi kerajaan Jepun untuk menghalang Anwar Ibrahim", katanya.

2 comments :

usin said...

selipar jepun? keh!keh!keh!

Anonymous said...

kerja keras kot kot dapat habuan dari raja juboq malaysia

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.