Tuesday, January 7, 2014

Hong Leong Bank Nafi Hak Orang Islam

asyraf ringo     2:45 PM    


Petikan dari blog:- Saya pasti pemandu² kereta yang melalui Jalan Perak berhampiran simpang Jalan P.Ramlee pada hari bekerja perasan dengan kain² rentang yang dipasang di hadapan Wisma Hong Leong daripada penghujung tahun 2013 dan pastinya sedar kehadiran beberapa orang pekerja yang memakai baju uniform yang sama berdiri di lokasi tersebut.

Saya sendiri kerap melihat gelagat mereka apabila melalui jalan sehala tersebut. Hari ini mungkin Tuhan membuka hati saya untuk berhenti seketika di hadapan Wisma Hong Leong untuk bertanya apakah maksud kepada kain rentang yang tertera perkataan 'HONG LEONG BANK HINA ISLAM' kerana sebagai seorang Muslim, saya ingin mengetahui apakah perkara yang menghina agama saya.

Alangkah terperanjatnya saya apabila mereka memberitahu bahawa pengurusan Hong Leong Bank telah bertindak biadap dan menafikan hak orang Islam untuk menunaikan solat di premis mereka. Pengurusan telah menutup ruang @ bilik solat untuk kegunaan staf Islam sebelum ini. 

Hal ini bukan berakhir di sini saja, akan tetapi ada lagi perkara yang benar² membuatkan staf tiada pilihan untuk akur dengan pengurusan zalim.

1. Pengurusan menyuruh staf Islam keluar dari premis (Wisma Hong Leong) tersebut untuk menunaikan solat fardhu di Surau² berhampiran.

2. Pengurusan memberikan tempoh masa yang terhad untuk staf Islam menunaikan solat dan apabila staf bertindak mempersoalkan hal masa, staf Islam akan diherdik dan diungkit dengan pelbagai kenyataan kononnya staf Islam mencuri waktu bekerja dan pengurusan rugi membayar gaji kepada staf Islam ini.

Walaupun saya bukanlah staf di Hong Leong Bank, namun apa yang terjadi kepada staf beragama Islam di sana benar² menyentuh hati dan membuatkan saya sendiri tertanya² adakah yang berlaku ini diketahui oleh kerajaan Malaysia ataupun ianya merupakan isu terpencil?

Ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh segelintir umat Islam di Malaysia hari ini apabila mereka bekerja di syarikat milik bukan Bumiputera. Apa yang terjadi di Hong Leong Bank merupakan permulaan kepada umat Islam dihina di tanah air sendiri.

Kita fikirkanlah bersama apakah bentuk pengajaran yang harus kita sebagai umat Islam ambil di sini.

Adakah dengan membiarkan perihal kebiadapan pengurusan Hong Leong Bank ini tidak akan merencatkan Islam di Malaysia? atau..

Adakah kita masih boleh duduk tersenyum melihat satu pihak saja berjuang mempertahankan hak mereka yang dinafikan majikan?

Saya mohon jika pembaca yang melalui kawasan tersebut, berhenti ambil gambar dan sebarkan perihal yang sedang melanda kita sebagai umat Islam. Jika pembaca tidak berhenti, bunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada umat Islam yang dianiaya. - Sumber

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.