Sunday, January 26, 2014

Ibu pejabat polis kena bom

pilihanraya kini     10:30 AM    


Sekurang-kurangnya empat orang maut dan 54 yang lain cedera apabila sebutir bom meletup di ibu pejabat polis Kaherah, semalam.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hany Abdel Latif berkata kepada Al Arabiya, letupan itu berpunca daripada bom yang diletakkan pada sebuah kereta.

“Bangunan empat tingkat itu rosak teruk termasuk memusnahkan pagar logam dan sebahagian muzium yang terletak bersebelahan bangunan berkenaan,” katanya.

Saksi berkata, selepas letupan itu, dia terlihat beberapa das tembakan dilepaskan oleh beberapa lelaki bersenjata ke arah bangunan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri sementara, Hazem el-Beblawi berkata, negara itu tidak akan kembali kepada pentadbiran tentera.

“Abdel Fattah Al Sisi adalah calon Presiden paling popular. Mereka yang menyokong beliau bukan kalangan tentera tetapi, rakyat biasa,” katanya.

Menurutnya, selama enam bulan berkhidmat dalam Kabinet beliau tidak berasakan pentadbiran sementara itu dikendalikan oleh tentera. - Agensi


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.