Wednesday, January 29, 2014

Jangan terpedaya helah pembangkang

pilihanraya kini     5:30 PM    


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan BN supaya tidak terjebak dengan kerenah pembangkang yang sengaja membuat helah untuk menutup pelbagai isu dalaman parti itu.

Rentak permainan politik PKR kini menunjukkan ketidakcerdikan mereka menangani kelemahan kepimpinan terutama apabila penasihatnya tidak dibenarkan memasuki Jepun baru-baru ini, katanya.

Beliau mengulas peletakan jawatan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan keputusan parti itu menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon jika pilihan raya kecil diadakan.

Ini bukanlah pertama kali dilakukan pemimpin parti itu kerana tindakan mempersendakan mandat rakyat pernah dilakukan pemimpin mereka yang lain sebelum ini, katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Shabery berkata, tindakan Chin Cheh itu dilihat sebagai helah yang sengaja dibuat PKR untuk menutup banyak isu yang timbul, terutama selepas Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun.

"Rakyat sudah memberi mandat, tiba-tiba dia (Chin Cheh) berhenti pada masa yang tidak sepatutnya. Ini satu cara mempersendakan mandat yang telah rakyat berikan dalam pilihan raya.

"Pilihan raya bukan sesuatu yang mudah dan kecil perbelanjaannya," katanya selepas menghadiri program Bicara Menteri Bersama Mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.

"Ini menunjukkan ketidakcerdikan mereka dalam menangani isu ini, selain memperlihatkan perbalahan dalaman parti yang sudah sampai satu peringkat tidak boleh diubati lagi, maka kemungkinan ia terpaksa dikaitkan siapakah yang layak jadi Menteri Besar dengan peletakan jawatan (Chin Cheh)," katanya.

Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR seandainya pilihan raya kecil Dun Kajang diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan Chin Cheh hanya sehari sebelum itu.

Beberapa penyokong Anwar telah turut mengadakan demonstrasi dengan memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur baru-baru ini ekoran pemimpin PKR itu dilarang memasuki Jepun dan diarah pulang segera.

Peletakan jawatan Chin Cheh juga berlaku ketika isu pemecatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih hangat, yang cenderung melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Bernama


2 comments :

Anonymous said...

baca tajuk, memang macma bagus je pemimpin bn ni. konon tak akan terpedaya helah pembangkang. tak lama jugak tu, confirm akan memperdaya diri sendiri termakan helah pembangkang. cakap je lebih bro! aku cabar bn tak bertanding prk dun kajang, ada berani? nak juga dicarutkan kata2 pemimpin bn ni. jangan terpedayalah, ketidakcerdikan pembangkanglah dsb. akhirnya siapa yang masung lubang taik pemabgkang, bn jugak...huhh!!

Anonymous said...

betul tu.....pemimpin BN especially cabinet BN memang kategori cap ayam...tak ada satu pun yg cerdik....akhir sekali masuk lobang taik....

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.