Thursday, January 9, 2014

KDN lancar operasi besar-besaran

pilihanraya kini     11:40 AM    


PUTRAJAYA, 9 Januari - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi secara besar-besaran bagi memburu pekerja asing tanpa izin selepas tamatnya Program Khas Pengurusan Parti (PKPP) pada 20 Januari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi tersebut akan melibatkan Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak berkuasa tempatan.

"Tepat pukul 12.01 tengah malam (21 Januari) kita akan melancarkan operasi penguatkuasaan kepada semua pekerja asing dan majikan yang menggaji pekerja yang tiada dokumen sah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran I- Kad di sini, Rabu.

Menurut beliau, KDN tidak akan berkompromi dengan mana- mana majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka kerana tempoh yang panjang untuk berbuat demikian telah diberikan.

"Kita sudah beri tempoh tiga bulan kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka. Jadi kita akan berkompromi dalam hal ini lagi," katanya.

2 comments :

Terima kasih atas ketegasan untuk bertindak, cuma kita suka mencadangkan supaya pasukan tindakan khas yang diujudkan memainkan peranan yang lebih baik bagi membenteras PATI
Antara cadangannya:
1. Jangan maklumkan sebarang operasi kepada jabatan-jabatan anggota sebelum operasi dimulakan
2. Pasukan hendaklah berkumpul di satu tempat yang ditetapkan dan setiap anggota pasukan TIDAK DIBENARKAN membawa telepon kecualai ketua pasukan sahaja dan tinggalkan di pejabat jika tidak kebocoan maklumat akan berlaku sebab tidak semua anggota pasukan khas nya anggota polis atau rela atau ketua kampong atau anggota imigersen sendiri tidak cari makan dengan majikan

Anonymous said...

Tolong cari juga di kawasan kg..dan felda..dah ramai pendatang tak da permit kat sini..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.