Wednesday, January 29, 2014

Kerajaan tetap 13 harga barang sempena Tahun Baru Cina

pilihanraya kini     3:20 PM    


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum untuk 13 jenis barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014.

Menurut pengumuman rasmi kementerian berkenaan, skim itu akan berkuat kuasa Ahad (26 Jan) sehingga 9 Feb 2014.

Menurut Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd Roslan bin Mahayuddin, tempoh pelaksanaan skim pada kali ini adalah selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan sembilan hari selepas perayaan.

13 jenis barangan harga terkawal itu ialah:

1. Ayam hidup

2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)

3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)

4. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji)

5. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)

6. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)

7. Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)

8. Bawang putih (China)

9. Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor)

10. Udang putih besar (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram)

11. Babi hidup

12. Daging babi (perut)

13. Daging babi (daging dan lemak)

Menurut Roslan, pihaknya menggandakan usaha bagi memantau harga barangan terkawal sepanjang perayaan Tahun Baru Cina. Peniaga yang ingkar dan menaikkan harga barangan sesuka hati akan dikenakan tindakan tegas oleh pihaknya.

Untuk mengetahui senarai penuh penentuan harga maksimum borong dan runcit bagi barangan harga terkawal bagi skim itu, orang ramai boleh melayari portal rasmi kementerian atau www.1pengguna.com.


4 comments :

Anonymous said...

Kerajaan perlu pamerkan senarai harga barang secara berterusan dan berkala. Mungkin setiap bulan, supaya rakyat tahu dan tidak ditipu oleh peniaga.

Anonymous said...

Kenapa hanya waktu perayaan sahaja kerajaan menggunakan kuasa untuk membuat harga siling? kenapa kerajaan tidak melakukan perkara serupa pada waktu biasa selain perayaan?

Anonymous said...

selalunya pada hari perayaan, peniaga sengaja menaikkan harga untuk melipat gandakan keuntungan.

Anonymous said...

babi pun termasuk dalam senarai barang kawalan?
100% yg terlibat dengan babi cina pun naik harga juga?
peniaga rupanya tak mengira bangsa cekik darah!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.