Wednesday, January 8, 2014

Laporan palsu, MPOB mahu ambil tindakan undang-undang

pilihanraya kini     12:08 PM    


SHAH ALAM, 8 Januari - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Nadzim Johan kerana gagal mengemukakan keterangan secara bertulis dalam tempoh masa tujuh hari berhubung kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh beliau pada 31 Oktober 2013.

Hasil siasatan, pihak MPOB mendapati bahawa syarikat tersebut mempunyai lesen MPOB untuk membeli, menjual dan mengalihkan minyak masak terpakai dari restoran-restoran dan dibawa ke premis oleh kenderaan yang disewa dari syarikat pengangkutan. Minyak masak terpakai yang dikumpul itu akan diproses sebagai bahan biojisim untuk dieksport ke luar negara.

MPOB telah menemui pemilik syarikat dan memeriksa premis syarikat itu. Hasil pemeriksaan yang menyeluruh, mendapati tiada aktiviti penapisan atau pencampuran minyak masak terpakai dan minyak masak yang baik sepertimana didakwa oleh beliau.

Oleh itu adalah jelas bahawa laporan yang disiarkan adalah tidak tepat dan menjejaskan imej industri sawit negara dan memberikan gambaran yang negatif mengenai pemprosesan minyak masak kepada masyarakat umum.

Sedangkan industri ini dikawalselia dengan ketat oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui peraturan dan undang-undang sedia ada bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada komoditi utama negara.

Dalam kenyataan akbar itu, Nadzim mendedahkan kononnya hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan. Kenyataan akhbar itu turut disiarkan di lima surat akhbar iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sin Chew Jit Poh dan Guang Ming Daily pada 31 Oktober 2013.

Sehubungan dengan itu, pihak MPOB memohon kerjasama daripada pihak akhbar supaya melaporkan maklumat yang tepat dan merujuk terlebih dahulu kepada kementerian dan agensi yang berkaitan bagi mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat bagi mengelakkan berkalunya kekeliruan di kalangan masyarakat pada masa hadapan. 


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.