Thursday, January 30, 2014

Mayat mangsa langgar diseret 43KM

pilihanraya kini     11:30 AM    


Seorang penunggang motosikal menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila mayatnya ditemui hampir hancur selepas diseret sejauh 43 kilometer oleh sebuah kenderaan dari Kilometer 274.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur Simpang Pulai di sini sehingga ke Tapah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Mahmud, 25, yang berasal dari Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah dipercayai dilanggar dari arah belakang sebelum diseret oleh kenderaan berat tersebut yang dipercayai lori.

Semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kilang Proton di Proton City, Tanjung Malim dekat sini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, selepas dilanggar, mangsa dipercayai tersangkut di bawah kenderaan tersebut lalu diseret sehingga ke Kilometer 317.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tapah.

''Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat seorang penunggang motosikal telah dilanggar dan digilis dalam kemalangan di susur Simpang Pulai di sini pada pukul 2.15 pagi.

Selanjutnya, baca [di sini]


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.