Sunday, January 26, 2014

Mesir kembali berdarah

pilihanraya kini     12:30 PM    


Empat serangan berasingan dilancarkan di seluruh ibu negara Mesir ketika ambang Ulang Tahun Revolusi 25 Januari yang membawa kepada kejatuhan rejim Husni Mubarak tiga tahun lalu.

Kesemua serangan itu meragut enam nyawa manakala puluhan lagi cedera.

Selepas empat maut dalam serangan pertama melibatkan bom kereta yang menyasarkan ibu pejabat polis di Kaherah kelmarin, satu lagi serangan berlaku berhampiran stesen kereta api bawah tanah dan meragut satu nyawa.

Di Giza, anggota Ikhwanul Muslimin dilaporkan bertempur dengan orang awam prokerajaan dan pasukan keselamatan susulan insiden letupan bom yang mengorbankan seorang nyawa di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian itu, penyokong Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi dibaling batu dan mercun oleh penduduk setempat.

Kekecohan sama turut berlaku di Dataran Tahrir apabila anggota keselamatan menutup kawasan yang merupakan lokasi popular ketika penggulingan Husni.

Difahamkan, perhimpunan ulang tahun revolusi itu bermula di Iskandariah dan kemuncaknya diadakan di Dataran Tahrir, dipetik dari laporan Al Arabiya. - Agensi


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.