Friday, January 24, 2014

Nurul Izzah dan suami rayu diberi peluang

pilihanraya kini     9:00 AM    


Kisah hubungan pasangan Nurul Izzah dan suami menjadi berita hangat masa kini. Menurut sumber, ahli parlimen Lembah Pantai itu telah menfailkan fasakh di Mahkamah Syariah Jalan Duta. Namun perkara itu dinafikan oleh Izzah sendiri.

Berikut adalah emel Izzah dan suaminya kepada media yang diterima petang semalam berhubung kes fasakh mereka yang kini hangat diperkatakan;

” Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

” Keluarga kami menjadi keutamaan.

” Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.”

- Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.