Thursday, January 23, 2014

Nurul Izzah fail cerai di Mahkamah

pilihanraya kini     2:30 PM    


Beberapa laman siber hari ini telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nurul Izzah Anwar bersama suaminya.

Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan telah diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara.

Sumber


1 comments :

Anonymous said...

Wah, ada can la Chegu Bardigol masuk jarum lepas ni. Peluang cerah tambah satu cawangan kalau begini. Nampaknya chegu Bardigol kena cipta isu supaya dapat perhatian bakal bapak mertua dia nanti....

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.