Thursday, January 9, 2014

Pasangan mati ditemui dalam keadaan bogel

pilihanraya kini     1:30 PM    


Seorang lelaki bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya ditemui mati dalam keadaan berbogel dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar Cyber di sini.

Mangsa berusia 58 manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarga mangsa lelaki di hadapan pejabatnya di sini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam ketika ditemui berkata isteri mangsa membuat laporan polis selepas suaminya tidak pulang ke rumah.

"Isteri mangsa kemudian pergi ke pejabat berkenaan sebelum menjumpai mangsa bersama seorang wanita dalam sebuah kereta model proton wira dengan enjin kenderaan masih hidup."Sebelum melaporkan kejadian kepada polis," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan.

Siasatan menyeluruh membabitkan kejadian termasuk bedah siasat akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.


1 comments :

Anonymous said...

valium no rx buy valium ireland - long will 10mg valium last

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.