Monday, January 6, 2014

Pejabat Perdana Menteri jawab isu pesawat khas

pilihanraya kini     11:26 AM    


Ekoran laporan yang tidak tepat di beberapa laman blog, Pejabat Perdana Menteri tampil membuat penjelasan berhubung penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dalam kenyataannya, Pejabat Perdana Menteri menegaskan penggunaan pesawat khas tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menjelaskan lebih lanjut, kenyataan itu menyebut kerajaan sebelum ini memiliki lima buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertua Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun salah satu dari pesawat tersebut iaitu Fokker F28 telah dilupuskan pada Ogos 2012 kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

Laporan dalam laman blog itu adalah mengenai pesawat khas yang disewa bagi menggantikan pesawat yang masih belum siap diselenggarakan.

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 disewa di antara 1 Februari sehingga 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

Penggunaan pesawat itu bagi membolehkan perdana menteri mengguna pesawat untuk urusan kerja dalam keadaan selamat dan terjamin.

Anggota pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.

Terdahulu, beberapa laman blog mempersoalkan penggunaan pesawat khas Perdana Menteri dan mendakwa Najib terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

2 comments :

Anonymous said...

Bg Macai PAS dn PR klu Najib atau pemimpin BN jd Ketau negara xboleh pakai jet..kena naik air asia..kena naik proton saga.

Tp klu ditakdir Nuar atau PR perintah negara (nauzubillah), naik jet bukan shj boleh.. mau beli banyak2 jet harga diskaun pun boleh..

Merc 300K murah maaa.. itu jet lagi mahal.. hhahaha.. DAPsial..

Anonymous said...

Pendek kata PR boleh pakai wang rakyat sebanyak mana yg mereka suka.. xcukup sebiji kete mewah beli 10 pyun xpe..
xperlu apa2 alasan justifikasi..

Tp klu BN, kena siasat Najib pegi mana.. pukul brapa.. bawak siapa.. bape kos selenggara.. kos itu ini.. semua tu bazir.. Najib kena naik bas je.. tp klu PR perintah xpe boleh sbb itu kami punya suka.. kami kan dh bodohkan rakyat.. kami samseng..rakyat jilat kami.. hahhaa

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.