Tuesday, January 28, 2014

Peletakan jawatan Adun Kajang satu pengkhianatan - Pemuda Pas

pilihanraya kini     5:30 PM    


Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas melahirkan rasa terkejut dan terkilan berhubung peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas Adun Kajang Selangor, Lee Chin Cheh semalam.

Menurut Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan, tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, peletakan jawatan itu telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat Selangor seterusnya kepada kesepaduan PR Selangor.

"Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa dalam kalangan pemimpin PKR Selangor dan merosakkan imej baik kerajaan PR Selangor itu sendiri.

"Kami menganggap peletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada PR dan membelakangkan semangat ‘syura’ dalam kalangan rakan komponen PR Selangor.

"Peletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila pilihan raya kecil terpaksa diadakan dan sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Chin Cheh.

Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan PR memutuskan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.

Menurut Mohd Sany lagi, tindakan Chin Cheh telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya masalah politik dalaman PKR sebagai usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Tambahnya lagi, pihaknya melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan Pas dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.

"PKR Selangor berlagak seperti ‘bos besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti Pas dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor," katanya lagi.

Sehubungan itu, jelas Mohd Sany pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Chin Cheh terhadap peletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda Pas dengan kadar segera.

"...sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihan raya pemuda Pas di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR," tegasnya. -SH


3 comments :

Anonymous said...

Udah-udah.. biar la sape pun jadi calon kat PRK Kajang tu. Aku harap kali ni tak payah blogger-blogger pro kerajaan highlightkan pasal kehebatan calon BN. Biar Pengerusi Media Baru UMNO yang baru buat kerja dia sorang2. Korang duduk diam perhati dari jauh cukup. Takkan nak biarkan si Ibdil lifestyle tu makan gaji buta tak buat kerja je... udah-udah.

Kalau calon PR menang pun tak mengubah landskap politik Malaysia ni la.. biarkan mereka dengan angan-angan tak sudah mereka...udah-udah

Anonymous said...

biarkan pr dengan rumahtangganya.mereka mengamalkan demokerasi ala tiga abdul.kalau presiden pun sanggup mengosongkan kerusinya ini pula setakat adun ciput je.

Anonymous said...

Aik PAS. Skrg baru nk celik mata? Baru nk nmpk? Org lain dh lama nmpk siapa PKR tu. Choice paling terbaik PAS, kalau masih sygkn perjuangan asal, keluar dr PR, bersihkn segala geng2 syiah dan talibarut PKR dlm PAS. Bersihkn PAS dri sikap berdendam, caci maki dan mengata(yg tu biasa le dlm mane2 ceramah kt surau). Bersihkn PAS dri pemimpin2 yg bersikap liberal. Baru PAS dpt maju dan berkat dlm perjuangan. Aku heran sgt2 dlm sebhg ceramah PAS. Mulai dgn selawat, puji2 terhdp Allah. Pastu...terus start mengate kt parti lawan. Kalau x ngate....xbest..xde kick. So...ape beza PAS ngan parti lain. Xde beza. Sekadar ade selawat dan pujian. Tu je. Selain dri tu....x mencerminkan parti yg medukung islam. Sekadar COP islam je.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.