Thursday, January 2, 2014

Ketua Menteri Pulau Pinang Perlu Peka Sensitiviti Rakyat

pilihanraya kini     1:58 PM    


PETALING JAYA 2 Jan  - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilihat tidak memilih masa tepat untuk membeli kereta mewah Mercedes Benz S300L ekoran ianya memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Guan Eng harus lebih peka kepada sensitiviti rakyat yang kini menanggung beban kenaikan harga barang dan penarikan semula subsidi.

"Saya rasa semua pengamal politik harus mempunyai sensitiviti yang sama sama ada dari pihak barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan kerana rakyat kini sedang menempuhi kesukaran dan 2014 akan menjadi lebih sukar," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Rafizi berkata demikian bagi mengulas tindakan Guan Eng menggantikan kereta rasminya dari Toyota Camry 2.5V kepada Mercedes-Benz S300L yang bernilai setengah juta ringgit.

"Sungguhpun nilainya sangat bagus, saya pasti tiada siapa yang akan mempersoalkan tindakan (Guan Eng) membelinya. Tetapi saya rasa ianya akan memberi ruang kepada BN untuk memanipulasikan isu tersebut," jelas Rafizi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, rakan Pakatannya harus lebih berhati-hati untuk tidak terjerumus kepada 'perangkap' BN mengenai isu ini.

"Dalam kes kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang ini, saya rasa ianya perbelanjaannya berbaloi kerana kereta tersebut sangat bagus. Maka ianya baik untuk pelaburan," ujarnya lagi.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.