Wednesday, January 22, 2014

Portal 'Malaysiakini' malukan Shamsul

pilihanraya kini     3:30 PM    


Ketua AMK, YB Shamsul Iskandar tampil menafikan kononnya kumpulan itu terlibat memijak dan membakar poster bendera Jepun seperti didakwa oleh beberapa blog pro UMNO.

Namun pembohongan Shamsul terbongkar apabila portal milik parti pembangkang, Malaysiakini, melaporkan memang ada aktiviti pijak dan bakar bendera Jepun di hadapan kedutaan itu tempoh hari.

Beberapa blog turut memaparkan bukti bergambar memang ada ahli AMK melakukan perbuatan itu.

Sebagai seorang pemimpin dan juga ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul sepatutnya tidak boleh menipu rakyat dengan kenyataan seperti itu.

Adakah Shamsul lupa bahawa ramai wakil media membuat liputan di situ?

Sudah tentu aksi tidak senonoh itu dirakam.

Shamsul kena tarik balik kenyataan tipu itu sebelum rakyat menghukum anda sebagai ahli parlimen penipu.






0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.