Thursday, January 30, 2014

Rafizi buat kejutan guna teori mimpi

pilihanraya kini     12:30 PM    


PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha merampas Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir. "Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku. "Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.

Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.

Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik.

"Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya.

Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya. "Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya. - MalaysianInsider


1 comments :

Anonymous said...

Info...BENDERA/ LOGO PKR...BUKAN SEKADAR BENTUK RUPER SPT LUBANG YG PANAS TETAPI BERBENTUK MATA..'THE EYE' ADALAH SALAH SATU KUAT FAHAM DAN AGEN KEPADA DAJJAL..AWAS UMAT ISLAM SEMUA TOLAKKK PKR!!!!! INGAT KAUM DAJJAL AKAN MENABUR JANJI JANJI MANIS UMPAMA BOLE BAGI NIKMAT YG PELBAGAI..TAPI ITULAH JANJI YG KUFUR..LGBT SALAH SATU NYER!! Drpd Wan melaka..

Reply

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.