Wednesday, January 29, 2014

Sandiwara Anwar adalah 'Politik Kotor' - Bersih 2.0

pilihanraya kini     11:00 AM    


Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) membidas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh yang meletak jawatan secara tiba-tiba tanpa alasan kukuh.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu menyifatkan tindakan itu sebagai penghianatan kepada rakyat serta alasan perletakan jawatan Lee iaitu demi kepentingan politik PKR mencerminkan pertimbangan yang lemah parti berkenaan.

"Peletakan jawatan Lee adalah merupakan pengkhianatan amanah rakyat kerana kurang daripada lapan bulan yang lalu, rakyat di Kajang mengundinya dengan harapan beliau akan kekal menjadi wakil mereka untuk tempoh lima tahun," kata gabungan itu yang dipetik daripada laporan Mstar Online.

Menerusi kenyataan bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 yang diketuai Maria Chin Abdullah, gabungan itu turut melahirkan kekesalan kerana tindakan Lee mendapat restu PKR.

"Adalah amat mengejutkan kerana PKR bersetuju dengan peletakan jawatan Lee malah menamakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil itu nanti.

"Ini satu bentuk politik kotor yang patut dikutuk," katanya.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan Lee meletak jawatan dari kedudukannya pada Isnin secara tiba-tiba.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.


1 comments :

nasirwise said...

Sah. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DS Anwar) dicalonkan bertanding di Pilihanraya kecil Kecil (PRK) DUN Kajang selepas ADUN Kajang YB Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam Isnin 27 Januari. Besar kemungkinan,DS Anwar akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika beliau menang PRK tersebut. Mengapa DS Anwar Ibrahim berhasrat menjadi Menteri Besar Selangor?

TV3 memberitakan DAP dan PAS tidak tahu menahu mengenai tindakan dan rancangan PKR yang merencanakan perletakan jawatan ADUN Kajang dan pencalonan DS Anwar Ibrahim serta ura ura diangkat menjadi MB Selangor. Setiausaha Agong DAP mengatakan beliau dan DAP tidak dimaklumkan perkembangan politik di Selangor tetapi bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah hadir di Majlis Pengumuman Calon di IbuPejabat PKR.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam juga menyuarakan tiada maklumat mengenai `kemelut dan rencana PKR’ tetapi kelihatan Sallehudin Ayub dan Dr Hatta Ramli berdiri di barisan belakang para pemimpin pembangkang. Rupa rupanya Selangor di tadbir bersama oleh PAS (15 kerusi DUN) DAP (15 kerusi DUN) dan PKR (14 kerusi DUN). Ada cerita belakang yang PAS akan mengemukakan nama nama yang boleh dilantik menjadi MB Selangor.

Penulis anggap ia adalah strategi bijak PKR dan Pakatan Rakyat untuk `kill 3 birds with one stone’. Mungkin lebih daripada 3 ekor burung. Ia dilakukan untuk :-
1. menyelesaikan masalah perebutan kuasa atau krisis di antara YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Selangor dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Penasihat PKR mengambil jalan tengah dengan tidak melantik kedua dua mereka yang berkrisis menjadi MB Selangor.
2. Mengambil kesempatan untuk `cement and convert’ sentimen kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang, kepada undi Pakatan Pembangkang.
3. Mempromosi imej dan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, yang kurang `exposure’ ketika menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang berbanding menjawat Menteri Besar Selangor. Exposure kepada rakyat, kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan serta pelabur luar akan lebih besar.
SELANJUTNYA DI nasirwise.blogspot.com

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.