Thursday, January 23, 2014

'Sarawak Report' senjata utama PR di PRN

pilihanraya kini     12:30 PM    


Portal 'Sarawak Report' adalah senjata utama bagi Pakatan Rakyat (PR) bagi mengurus persepsi masyarakat di Sarawak.

Pendedahan tentang pemilikan aset milik anak kepada isteri Perdana Menteri, Riza Shahriz, adalah contoh berita bahan kelabu yang tidak pasti kesahihannya. Namun, laporan berita itu disusun dengan penuh cermat supaya rakyat jadi marah dan memandang serong terhadap Perdana Menteri.

Berita itu sebenarnya berniat untuk membawa fikiran rakyat supaya percaya bahawa Perdana Menteri mengamalkan rasuah. Jadi, hasil rasuah itu pula diurus oleh Riza dengan membuat pelaburan aset di Amerika Syarikat.

Sedangkan Perdana Menteri tidak terlibat langsung dengan pembelian itu. Namun, persepsi yang mahu diwujudkan supaya rakyat percaya Perdana Menteri memang terlibat.

Cerita sebenar adalah, Riza tidak membeli rumah itu secara tunai. Sebaliknya, membuat pembelian secara sewa beli. Dengan rekod pembayaran kredit memberangsangkan, selain aliran tunai yang positif. Keadaan itu melayakkan Riza dan sahabatnya membeli sebuah apartmen bernilai USD33.5 juta.

Apartmen di situ turut menjadi tarikan pelabur lain kerana nilai aset di situ dijangka meningkat 15-12 peratus setiap tahun. Jadi, pembelian aset di situ adalah pelaburan yang bijak. Ini kerana dengan tempoh setahun, pelabur bakal peroleh keuntungan sebanyak USD6.5 juta jika mereka menjual semula aset itu.

Taktik serupa juga banyak digunakan oleh pelabur aset di Malaysia. Aktiviti ini juga menjadi penyumbang kepada kenaikan harga rumah di negara ini terutama di kawasan bandar.

Justeru, berita sensasi yang sarat dengan keraguan ini adalah permulaan bagi operasi siber PR (ops tawan kenyalang) untuk merampas negeri Sarawak daripada Barisan Nasional (BN) di PRN nanti.

Portal itu akan menjadi sumber terpenting bagi menyampaikan dakyah dan mesej propaganda untuk mengubah persepsi dan menanam sifat kebencian di kalangan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan BN.

Difahamkan, selepas phase 1 (kill rosmah, will kill PM) berjaya, portal itu akan meneruskan rancangan phase 2 (let's boil Taib), portal itu dijangka membuat pendedahan skandal yang kononnya melibatkan salah laku dan ketirisan yang dilakukan oleh penyandang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini semua dicipta bagi menimbulkan kebencian kepada pemimpin BN. Apatah lagi rakyat kini mudah melenting ekoran tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat. Rakyat akan lebih percaya berita bohong daripada mencari kesahihan berita itu.


1 comments :

Anonymous said...

Well planned. BN should aware

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.