Thursday, January 23, 2014

Selangor dapat Menteri Besar baru?

pilihanraya kini     9:00 AM    


Nampaknya impian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang bermesyuarat pada semalam memutuskan beliau mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan itu.

Akhbar Sin Chew dalam laporan muka depannya untuk edisi petang hari ini melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim bersetuju dengan pertukaran itu.

Namun, tidak dinyatakan bila majlis pertukaran tersebut akan dilangsungkan dan sebarang pertukaran kepimpinan Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Azmin yang merupakan pemimpin politik kelahiran Singapura sebelum ini dilaporkan mempunyai hubungan dingin dengan Khalid.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Azmin dipecat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Sebelum itu, Khalid membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti yang akan berlangsung April ini.

Kemelut Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor timbul terutama selepas pilihan raya umum yang lalu sehingga wujud khabar angin beliau mahu meninggalkan PKR jika tidak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.