Tuesday, January 28, 2014

"Terima kasih YB Kamalanathan"

pilihanraya kini     2:30 PM    


Penolong Setiausaha Pemuda Umno Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi memohon maaf secara terbuka terhadap Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan yang ditumbuknya di pejabat pusat khidmat pada 12 Januari lalu, dan akui terharu dengan kesediaan wakil rakyat itu memaafkannya.

Menurutnya, tindakan Kamalanathan itu membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar.

“Saya terhutang budi kerana beliau (Kamalanathan) sanggup ketepikan diri sendiri dan memaafkan saya.

“Terima kasih kerana sudi maafkan dan saya ingin membuat permohonan maaf ini secara terbuka,” katanya pada sidang media di pejabat Umno, di sini semalam.

Menurutnya, kenyataan Kamalanathan itu memberi nafas baru buat dia dan keluarganya.

Ketika ditanya mengapa bertindak menumbuk Kamalanathan, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tak mahu ulas mengenainya kerana dinasihati untuk tidak berbuat demikian,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Kamalanathan bersedia memaafkan lelaki yang menumbuknya.

Kamalanathan berkata, insiden tersebut berlaku membabitkan isu peribadi antara beliau dengan lelaki berkenaan dan tiada sebab untuk memanjangkan perkara itu.



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.