Wednesday, January 22, 2014

Wakil tampil jelas isu Harun Din dan Buaya

pilihanraya kini     11:30 AM    


Gambar pengasas pusat perubatan Islam Darul Syifa, Datuk Dr Haron Din yang memegang seekor buaya gergasi sepanjang kira-kira 15 kaki mencetuskan trending di alam maya pada masa kini. 

Dalam beberapa keping gambar yang dipaparkan di beberapa blog, kelihatan pemimpin PAS itu bersama sekumpulan anak-murid Darul Syifa Warrafahah Brunei Darussalam memasukkan tangan ke dalam mulut reptilia itu di Lagun Kampung Pandan, Kuala Belait. 

Memetik laporan beberapa blog, buaya gergasi tersebut dikatakan ditangkap oleh Dr Haron bersama anak-anak muridnya. 

Bagaimanapun, laman sosial rasmi pemimpin tersebut tampil membuat penafian dan menjelaskan buaya tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan Darusyiffa’ Warrafahah Brunei Darussalam. 

"Assalamualaikum wbt. Dimaklumkan bahawa gambar dan maklumat yang tersebar melalui Facebook dan media perhubungan lain pada hari ini mengenai penangkapan buaya oleh tuan guru adalah KURANG TEPAT. 

"Buaya tersebut adalah diperolehi daripada pihak yang dibenarkan untuk aktiviti yang dijalankan oleh Darusyiffa’ Warrafahah Brunei Darussalam. 

"Tiada buaya dicederakan atau terbunuh dalam aktiviti ini, ianya akan dipulangkan setelah aktiviti selesai. Berhati-hati dan dapatkan sumber yang sahih dalam menyebarkan maklumat berkenaan aktiviti dan kata-kata hikmah daripada tuan guru," petik daripada laman tersebut. 

Berdasarkan petua orang tua, sekiranya tangan seseorang pernah masuk ke dalam mulut buaya, perkara tersebut dipercayai mampu menjadi perawatan dengan izin Allah.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.