Wednesday, February 26, 2014

Ahli DAP mahu Teresa Kok ditangkap

pilihanraya kini     9:00 AM    


Bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan tegas terhadap bekas majikannya kerana didakwa melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam parti.

Menurut Tony Tan, 50, Teresa banyak melakukan 'perkara tidak betul' dan melanggar perlembagaan parti.

"Saya datang ke pejabat ROS hari ini bagi mendedahkan dokumen rahsia yang melibatkan kesalahan beliau (Teresa).

"Saya pernah bertanya kepada Teresa mengenai duit derma parti Januari lalu, tetapi masih tidak dijawab dan di mana duit derma tersebut masih menjadi tanda tanya. Saya juga hendak menjelaskan, Teresa juga telah gagal untuk melaporkan aktiviti tahunan DAP Seputeh kepada ROS," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Tony berkata, beliau menjadi pembantu peribadi Teresa dari tahun 2004 sehingga 2005, menyertai DAP cawangan Seputeh pada tahun 2002, sebelum keluar parti pada tahun 2007.

Menurutnya laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah
dibuat dua minggu lepas, manakala laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka diadakan minggu depan.

Dakwanya lagi, "...selain itu banyak lagi penyelewengan lain yang Teresa lakukan dan saya berharap ROS meneliti dokumen yang saya hantar dua," dakwanya lagi.

Sehubungan itu, Tony turut berharap ROS dapat melakukan mengambil tindakan ke atas Terasa bagi memastikan DAP bersih daripada segala 'kekotoran' yang berada di dalam parti tersebut.

"...saya berharap ROS guna kuasanya untuk menahan Teresa kerana beliau banyak melakukan onar dan penyelewengan di dalam parti DAP," tegasnya. - Sinar Harian


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.