Thursday, February 20, 2014

Akhbar 'Suara Keadilan' kantoi tipu pengundi Kajang

pilihanraya kini     11:30 AM    


Akhbar Suara Keadilan dalam edisi terbarunya menyiarkan sebuah karikatur yang berniat jahat dan cuba memesongkan fakta sebenar. 

Karikatur yang bertajuk "Konspirasi halang Anwar tanding di Kajang" itu dibuat untuk memperdayakan pembaca kononnya sebutan kes rayuan di Mahkamah yang membabitkan Anwar Ibrahim itu adalah konspirasi yang sengaja dibuat oleh pihak kerajaan dan parti UMNO.

Konspirasi itu kononnya dibuat untuk menghalang kejayaan Anwar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang akan datang.

Menurut Ketua Pangarah Jabatan Khal Ehwal Khas (JASA), Dato' Fuad Hassan berkata, karikatur itu adalah bahan propaganda dan strategi perang saraf PKR untuk menghadapi PRK Dun Kajang.

Beliau mempersoalkan, kenapa Adun Kajang meletakkan jawatan. Sedangkan tarikh sebutan kes rayuan Saiful Bukhari telah lama ditetapkan oleh Mahkamah.

"Siapa yang arah wakil rakyat Kajang N.25 Lee Chin Cheh letak jawatan beberapa minggu sebelum kes perbicaraan yang tarikhnya sudah diketahui akan bermula?

"Nak halang Anwar bertanding atau nak tutup atau nak mengalih perhatian kes mahkamah? Ini siapa punya 'story board'?

"Pandai-pandai. Dia kira 'story board' dia sahaja. 'Story Board' Allah dia lupa," katanya seperti dipetik di laman Facebook-nya. 

Mahkamah Rayuan pada tahun lepas telah menetapkan perbicaraan kes rayuan Sailful Bukhari disebut pada 12 dan 13 Februari lepas.

Anwar sebelum ini beberapa kali cuba melengahkan perbicaraan itu dengan membuat rayuan supaya Mahkmah mengetepikan, Dato' Sri Dr. Shafee Abdullah daripada mengetuai pendakwaan dalam kes rayuan Saiful Bukhari.

Namun rayuan Anwar pada kali kedua tempoh hari gagal. Mahkamah membenarkan Shafee mengetuai pendakwa dalam kes itu. - Pilihanrayakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.