Friday, February 7, 2014

'Along' silap simbah cat merah

pilihanraya kini     12:55 PM    


'Along' amat mahir dalam soal wang tetapi kurang cekap dan tepat apabila menyimbah cat merah terhadap peminjam yang tidak membayar hutang di sini, hari ini.

Dua lelaki dipercayai peminjam wang haram atau Along mahu menyimbah cat merah ke premis sebuah syarikat di kawasan perniagaan di sini tetapi cat itu sebaliknya disimbah ke pintu masuk sebuah bank bersebelahan dalam kejadian kira-kira 3.15 petang tadi.

Menurut seorang pengawal keselamatan, dia melihat sebuah Proton Wira warna putih yang dinaiki tiga lelaki berada berhampiran bank sebelum dua lelaki keluar lalu melempar dua tin cat ke arah pintu masuk bank.

Menurut seorang lagi pengawal keselamatan, lelaki terbabit sebenarnya mahu melempar cat itu ke premis sebuah syarikat bersebelahan bank tersebut tetapi malangnya terlempar ke pintu masuk bank.

Mereka turut melempar beberapa salinan kad pengenalan seorang lelaki yang dipercayai pemilik syarikat itu, katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. - Bernama


1 comments :

Anonymous said...

Bodoh punya along!!!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.