Wednesday, February 26, 2014

Anggota tentera hilang ditemui selamat tapi lemah

pilihanraya kini     12:00 PM    


Koperal Nik Azizi Mohd Nor, 30, anggota tentera dari Batalion 18 RAMD Kem Seri Pantai, Kuala Terengganu yang hilang Rabu minggu lalu ketika menjalani latihan di hutan Lata Belatan di sini, dijumpai dalam keadaan selamat malam tadi.

Nik Azizi ditemui berada dalam lubang kira-kira 200 meter dari tapak perkhemahan di Air Terjun Lata Belatan, jam 10 malam oleh pasukan penyelamat.

Sebaik ditemui, Nik Azizi dikejarkan ke Hospital Besut menggunakan Landrover tentera.

Beliau ditemui lengkap dengan pakaian celoreng tentera bersama senjata  dan dalam keadaan sangat lemah.

Penemuan askar itu disahkan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria.

Bapanya, Mohd Nor Mis, berkata, anaknya ditemui sejurus mengadakan solat hajat di Surau Lata Belatan malam tadi. - Terengganu Today


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.