Thursday, February 27, 2014

Anwar gagal selesaikan isu kes saman Hadi

pilihanraya kini     10:00 AM    


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan parti itu sedang berusaha untuk menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.

"Pimpinan telah nasihat dulu.

"Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi.

"Kita sedang usahakan," katanya yang dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.

"Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu. 

2 comments :

ajai62 said...

Assalam Bro

Masa bercakap akulah bertelur besar dicelah kangkang... Dah kena 2 Juta baru tersedar rupanya kecik aje... Teruskan aje saman tu... tingaalkan PKR yang memang tak boleh pakai... maruah orang boleh di runding2... NAnti HAdi tetap kata kau pengedar dadah... Ada maruah ke semua pemimpin PKR ni... @ Juta tu kalau aku kaya...

Anonymous said...

Itu bukan saman tapi ia adalah penebus maruah.
Wajib kita bersihkan nama yang telah tercemar.
Kalau tidak sampai bila pun akan dikata orang.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.