Monday, February 17, 2014

Anwar perdaya penganut Kristian di Kajang

pilihanraya kini     11:30 AM    


Ketua Pembangkang yang juga calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus memperdaya penganut agama Kristian di sini dalam cubaan untuk meraih undi.

Dalam perjumpaan julung kalinya dengan penganut Kristian sejak diumumkan sebagai calon, Anwar menegaskan kepentingan agama lain tidak akan diketepikan kerana menjadi hak setiap masyarakat di negara untuk mengamalkan agama masing-masing.

"Saya akan buat yang terbaik untuk mengetengahkan persefahaman.

"Kita mesti ada keberanian untuk memberitahu mesej yang jelas bahawa negara ini adalah negara Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan tiada siapa boleh cabar," katanya dalam Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Kristian di Gereja Holy Family, petang tadi.

Dalam pada cuba menarik perhatian penganut Kristian, Anwar berkata masyarakat Malaysia menentang perkauman (racisme) sepenuhnya.

Tambah beliau lagi, adalah penting untuk sebuah negara seperti Malaysia untuk menghormati dan memenuhi prinsip asas tertentu semua kaum bagi menjamin keamanan dan keharmonian negara. 

Justeru beliau berkata, dalam memupuk usaha persefahaman agama antara Islam dan Kristian, beliau akan meneruskan siri kunjungan ke gereja dalam misi memberi penjelasan dan menjalin perpaduan.

Terdahulu Anwar pernah berkata umat Kristian dan umat Islam adalah bersaudara dan tidak harus bergaduh sesama mereka demi agama masing-masing.

Anwar berkata beliau bukan membawa ajaran baru apatah lagi agama baru, sebaliknya khalifah keempat Islam, Saiyidina Ali Ibn Talib, yang menyatakan demikian kepada umat Islam.

“Ketika ditanya para pengikutnya, apakah hubungan orang Islam sesama orang Islam, Sayidina Ali menjawab (terjemahan Melayu) ‘saudaramu seiman’, dan apabila ditanya apakah hubungan orang Islam dengan bukan Islam, jawab Ali ‘saudaramu sesama manusia’,” Anwar memetik jawapan Ali dalam bahasa Arab.

Anwar berkata demikian pada majlis penerangan isu-isu semasa anjuran PKR Kota Belud di pekarangan rumah bekas ADUN Kadamaian, Datuk Yapin Gimpoton di Kampung Taginambur Jaya dekat sini pada hujung bulan lalu yang dipetik daripada Free Malaysia Today.

Dalam pada itu, ketika sesi soal jawab berlangsung, Anwar sekali lagi diasak mengenai kemungkinan beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Robert Tan, seorang pesara guru membangkitkan persoalan tersebut sambil menegaskan bahawa beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.

"Datuk Seri, kalau anda menang PRK Kajang, adakah anda menjadi menteri besar? Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu,” soalnya.

Namun, Anwar tidak memberikan jawapan langsung berhubung persoalan sama ada beliau mahu menjadi menteri Besar Selangor jika menang dalam PRK DUN Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan.

“Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:

"Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul.” jawabnya. - Antarapos


1 comments :

Anonymous said...

Anwar di gereja menyebut Allah is universe and no limitation.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.