Thursday, February 13, 2014

Anwar sedaya upaya mahu singkir Shafee

pilihanraya kini     12:30 PM    


Kes rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang bermula hari ini menyaksikan pihak pembelaan terus berusaha menghalang peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pihak pendakwaan.

Setelah rayuan pihak pembelaan untuk menghalang peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pihak pendakwaan baru-baru ini, peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh meminta supaya Muhammad Shafee menarik diri secara sukarela.

Terdahulu, ketiga-tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Anwar untuk memanggil semula pegawai penyiasat yang telah bersara, Supt Jude Blacious Pereira.

Ini berikutan kegagalan Pereira untuk diterima sebagai peguam bulan lalu selepas Majlis Peguam memfailkan bantahan awal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jude Blacious Pereira
Majlis Peguam berhujah bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah didapati bekas pegawai polis itu bukan seorang seorang saksi yang berwibawa dalam pendengaran kes polis menahan lima peguam pada 2009 di Balai Polis Brickfields.

Keputusan itu dibuat oleh tiga anggota panel Suhakam yang diketuai oleh Shafee (kanan) semasa beliau menjadi pesuruhjaya hak asasi manusia.

Kes pendakwaan akan bertumpu kepada bukti DNA yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas ia mendapati wujud kemungkinan ia telah diubah.

Pereira yang mengambil sampel daripada doktor dan mahkamah telah diberitahu bahawa dia telah membuka pakej itu dan melabelnya berbeza daripada apa yang telah ditandakan oleh doktor pada asalnya, sebelum membawanya kepada ahli kimia.

Terdapat juga persoalan mengenai sampel itu tidak disimpan dengan betul. Menurut arahan Hospital Kuala Lumpur ialah ia perlu disimpan dalam peti sejuk, tetapi Pereira menyimpannya dalam kabinet besinya di pejabatnya yang berhawa dingin.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 28 Jun 2008. – New Malaysian Post


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.