Wednesday, February 26, 2014

Azmin bakal dikenakan tindakan disiplin parti?

pilihanraya kini     4:00 PM    


PKR menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat laporan yang mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menyaman organ parti, Suara Keadilan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, jawatankuasa lima anggota itu diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nor Manuty.

"Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) yang lepas mengenai tulisan saudara Isham Rais dalam Suara Keadilan (SK) yang dikaitkan bernada serangan terhadap beberapa pemimpin," katanya.

Keputusannya, tambah Saifuddin, MPP menubuhka jawatankuasa lima yang akan berjumpa SK untuk mendapat maklumat mengenainya.

"Apabila selesai tugasnya, jawatankuasa ini akan melaporkan kepada parti (dan) kalau mereka menemui perkara seperti surat guaman, mereka akan mengangkat saranan kepada parti," katanya dalam satu sidang media pagi tadi.

Menurut Saifuddin, beliau ada mendengar tentang saman tersebut tetapi beliau tidak dapat mengesahkannya kerana tidak melihat sendiri sebarang surat dari firma guaman yang mewakili Azmin.

"Saya dengar begitulah (ada saman)... saya belum tengok surat peguam itu, sejujurnya begitu," tambahnya.

Berita tentang saman Azmin Ali terhadap SK mula disiarkan laman Free Malaysia Today yang memetik sumber terdekat dengan Azmin bagi mengesahkan perkara itu.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.