Wednesday, February 5, 2014

Benarkah Azmin Ali akan letak jawatan adun?

pilihanraya kini     9:18 AM    


Dapat dibayangkan betapa tidak puas hatinya penyokong-penyokong Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Azmin Ali, terhadap Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila membaca laporan spekulasi sebuah akhbar semalam.

Kononnya Anwar bersetuju bahawa Azmin perlu mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dipegangnya sebagai syarat memujuk Khalid Ibrahim melepaskan jawatan Menteri Besar bagi mengizinkan Anwar mengambil alih.

Sesungguhnya laporan berkenaan benar-benar membingungkan rakyat amnya, dan khususnya para penyokong PKR.

Tidakkah aneh politik Anwar Ibrahim untuk bersetuju dengan syarat Tan Sri Khalid Ibrahim yang kononnya mahu Azmin yang dikatakan “pencetus hura-hara politik di Selangor” juga dikeluarkan dari menjadi rakyat di negeri itu?

Apakah Anwar begitu yakin beliau boleh memujuk Azmin untuk bersara di Bukit Antarabangsa demi memenuhi kehendak Khalid yang bersikap “jika aku tidak dapat jadi mb lagi maka Azmin pun tidak sepatutnya jadi ADUN di Selangor’?

Apakah Anwar berasa begitu mudah melentur Azmin untuk menerima “hukuman” daripadanya kerana berani “bermusuhan” dengan Khalid yang Anwar sendiri pilih untuk menjadi menteri besar?

Adakah hubungan Azmin-Khalid-Anwar semakin kusut?

Sesungguhnya laporan sebegini bolehlah dianggap satu fantasi sahaja. Yang pasti ialah, ia mungkin mengeruhkan lagi keadaan dan menambah kekalutan dalam PKR. 


Jika benar laporan berkenaan, mengapakah Khalid masih “sudi” untuk mengumumkan bahawa Anwar akan menjadi calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Kajang minggu lalu. 

Sudah tentu Khalid sedar bahawa bukan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang akan dikosongkan untuk Anwar tandingi tetapi Kajang. Ini bererti Anwar tidak menepati janjinya untuk “mengarahkan” Azmin keluar dari politik Selangor. 

Jika syarat Khalid supaya Azmin berhenti menjadi ADUN benar-benar hendak dilaksanakan oleh Anwar, tidakkah lebih mudah baginya menarik balik sahaja kedudukan Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor? Tentu Azmin akan faham mesej bahawa kehadirannya dalam DUN Selangor tidak diperlukan lagi. 

Jika semua persoalan ini nampaknya tidak lojik, maka soalan yang harus ditanya ialah apakah motif akhbar berkenaan menyiarkan laporan yang memetik “sumber yang rapat dengan Khalid itu”?

Khalid Ibrahim seorang pendendam?

Adakah ini satu percubaan untuk memburukkan lagi nama baik Khalid dengan menggambarkannya sebagai seorang pendendam? Tentu ini sesuatu yang tidak mungkin kerana sumber berita itu dikatakan rapat di Khalid!

Tidakkah berita seumpama itu akan mencalar terus imej Khalid yang dianggap “buruk” sehingga biro politik PKR mahu beliau ditukar? Lantas tidak mungkin sumber itu ialah unsur yang dekat dengan Khalid

Atau, mungkinkah sumber berita itu memang benar rapat dengan Khalid dan objektif sebenarnya ialah untuk menyakat Azmin Ali dan penyokong-penyokongnya sahaja. 

Soalnya untuk apa? Apakah yang dapat dicapai daripada “keseronokan” menyebarkan berita yang tidak tepat itu?

Nampaknya banyak elemen asing selain dari pejabat Menteri Besar mahupun dari kem Azmin yang mahu mencampuri kemelut politik di Selangor ini. 

Bagaimana ada laporan sedemikian?

Sebelum ini ada juga akhbar nasional yang melaporkan maklumat yang ditambah daripada kenyataan Khalid Ibrahim. Kononnya Khalid dikatakan menyebut bahawa soal pengguguran Azmin dari lembaga pengarah PKNS sudah dimaklumkan kepada Sultan Selangor. 


Semua akhbar dan televisyen tidak melaporkan maklumat tambahan itu. Bagaimanakah ini boleh terjadi? Mengapakah akhbar berkenaan begitu yakin dan berani membuat laporan tambahan itu?

Kini ada pula laporan yang menyebut sumber yang rapat dengan Khalid sendiri cuba memberi dimensi baru dalam lanjutan kemelut politik Selangor ini dengan kesan yang nyatanya ialah pada kredibiliti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan juga Khalid sendiri. 

Oleh kerana sumber berita itu adalah dari kalangan yang rapat dengan Khalid, maka perlulah siasatan bermula dengan usaha mengesahkan sumber berita dan dikaji apakah objektifnya. 

Dalam kes pertama yang membabitkan Sultan Selangor itu, tidakkah mungkin tukilan kenyataan Khalid itu sengaja ditambah bagi “menggerunkan” pihak yang cuba mempertikaikan pendirian Khalid dalam isu Azmin dan PKNS itu bahawa kem Khalid telus dan Sultan pun sudah dimaklumkan?


Sementara dalam kes kedua pula tidakkah berita itu menanamkan persepsi betapa lemahnya Anwar dalam menangani pertikaian Khalid-Azmin hingga terpaksa “tunduk” pada syarat Khalid? 

Sebaliknya, jika demikian tidakkah sekaligus ia mengukuhkan kehebatan Khalid yang walau akur pada perintah Ketua Umum supaya mengosongkan kerusi Menteri Besar tetapi pada masa yang sama berani “menuntut supaya Azmin juga menerima padah mengocakkan politik Selangor”.

Malangnya dalam kes penambahan kenyataan Khalid tidak ada pula penafian atau pembetulan dibuat oleh sekretariat media pejabat menteri besar. Khalid cuma membuat penafian apabila ditanya oleh wartawan selepas laporan itu keluar.

Kini kem Azmin pula melihat bahawa laporan itu cuba melemahkan semangat Azmin kerana ia memberi gambaran bahawa sebenarnya Anwar “bersetuju dengan Khalid bahawa Azmin adalah pengacau yang perlu dikeluarkan daripada politik Selangor”.

Strategi 'buat buat tidak tahu' Khalid 

Siasatan mesti dibuat sama ada benarkah sumber berita adalah rapat dengan Khalid. 


Namun jika difikirkan, memang ada “kelebihan” diperolehi oleh Khalid daripada laporan ini. Sekurang-kurang beliau adalah yang tegas dan berani hingga “halallah” tindakanya untuk tidak mahu melepaskan kerusi Menteri Besar.

Jadi siapakah agaknya sumber yang rapat dengan Khalid itu? Tidak mungkin sumber itu adalah daripada Khalid sendiri.

Sementara itu, kem Azmin menegaskan keputusan Biro Politik PKR hanya menetapkan menteri besar itu harus ditukar dengan Ketua Umum dan tidak pernah berbincang bahawa ada persetujuan bahawa Azmin pula harus dibersarakan dari DUN Bukit Antarabangsa. - Antarapos


2 comments :

S.A.Hamid said...

Pakat gila kuasa,akhir sekali melayu yang dihina. Cina DAP seronok melapah maruah melayu dengan berbagai-bagai isu. Kembalilah bersatu. Ingatlah pada Allah Yang Satu.

Anonymous said...

http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

To all Malaysians respected,

respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

Thank you,
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.