Wednesday, February 19, 2014

Cadangan laluan LRT Shah Alam di peringkat akhir

pilihanraya kini     10:00 AM    


Kajian kemungkinan tentang penyambungan landasan transit rel ringan (LRT) dari Kelana Jaya ke Pelabuhan Klang kini berada di peringkat akhir dan keputusannya akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelang bulan depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata bidang yang diliputi kajian itu termasuk opsyen beberapa laluan bagi landasan LRT, cabaran dalam pengambilan tanah, prospek pembangunan serta pengoptimuman setiap laluan yang dicadangkan.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan selepas menerima memorandum Umno Shah Alam mengenai cadangan mereka bagi perkhidmatan LRT antara Shah Alam dan Kelana Jaya, di sini Selasa.

Di sidang media sama, Ketua Umno bahagian Shah Alam, Azhari Shaari (gambar) menegaskan bahawa Shah Alam amat memerlukan perkhidmatan LRT di kawasan bandaraya demi meredakan masalah kesesakan lalu lintas yang mengakibatkan pembaziran masa, sumber dan produktiviti.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.