Monday, February 10, 2014

Dakwaan Waythamoorthy mengarut

pilihanraya kini     2:33 PM    


Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk mengadakan program terhadap kaum India bagi meningkatkan taraf kehidupan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.Waythamoorthy bahawa kerajaan tidak membantunya dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan kaum itu yang miskin adalah tidak tepat.

Menurutnya, kementerian mempunyai bajet khas terhadap kaum itu dan mengadakan program tertentu bertujuan membolehkan mereka menceburi bidang usahawan tani.

"Selain itu, kerajaan juga melalui pembentangan Bajet 2014 tahun lalu ada juga menyentuh mengenai pembangunan masyarakat kaum India di negara ini.

"Bagi saya, dakwaan yang dibuat oleh beliau (Waythamoorthy) adalah tidak betul kerana beliau baharu memegang jawatan selama lapan bulan dalam kerajaan dan tidak mungkin dalam tempoh itu kehidupan masyarakat India meningkat," katanya selepas melancarkan Jihad Memerangi Orang Tengah bagi Sub-Sektor Perikanan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Waythamoorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Negara berkuat kuasa Isnin ini.

Menurut Ismail, kerajaan melakukan pelbagai usaha dengan mengadakan program bagi meningkatkan kehidupan masyarakat itu termasuk melibatkan mereka menceburi usahawan.








0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.